SOALAN LAZIM (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?
Tidak perlu membeli SIM card baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar Maxis & Celcom Sahaja.
Soalan 2: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar atau mendapatkan komisen?
Tidak. Pihak kami hanya memerlukan maklumat ringkas mengenai butir peribadi anda seperti Nama, No.Telefon dan pengesahan pembayaran sahaja. Komisen akan dibayar terus ke akaun modal topup anda, bukan ke akaun bank.
Soalan 3: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkan ia ditarik balik?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku,  pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.
Soalan 4: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?
Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup.
Soalan 5: Adakah server topup beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Soalan 6: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 60 saat. Proses yang mengambil masa lebih 10 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal.
Soalan 7: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai Topup Business?
Boleh. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga.
Soalan 8. Adakah saya perlu menggunakan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?
Ya, anda perlu.

Soalan 9. Adakah saya boleh menguruskan modal downline saya?
Ya, anda boleh.

Soalan 10. Adakah saya akan diberikan laman web setelah berdaftar sebagai agen untuk tujuan promosi?
Tidak

Soalan 11. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftarkan downline?
Bagi agen a&a Mobile, sila lihat di ruangan Format SMS manakala bagi agen SRreload pula sila rujuk tutorial yang telah diberikan kepada anda.
Soalan 12. Adakah saya perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit yang berbeza untuk menjual produk topup yang berbeza?
Anda tidak perlu kerana dengan satu nombor telefon bimbit, anda boleh menjual semua produk topup yang telah ditawarkan oleh syarikat.

Soalan 13. Mengapa pelanggan saya tidak mendapat topup digi sedangkan transaksi mengatakan ianya sudah berjaya? (a&a mobile sahaja).
Jika anda menggunakan topup DigiPin (DP), anda perlu memberikan nombor pin topup secara manual kepada pelanggan setelah mendapat maklum balas daripada server. Hal ini kerana nombor pin tersebut akan dihantar ke nombor agen topup oleh server.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan